header image
 

~musim kenduri kawen~

Sempena musim cuti sekolah baru ni banyak betul kenduri kawen sampai 2-3kenduri dalam satu hari. Hari yang paling banyak ialah 6hb June. Mungkin sebab ramai yang cuti pada hari tersebut sempena hari Keputeraan yang di Pertuan Agung. Lagipun tarikh 060609 itu pun cantik jugak..hehe. Aku pun tidak ketinggalan untuk menghadiri undangan majlis perkahwinan ni. Bukannya apa, rasa seronok pulak attend kenduri kawen ni sebab dapatfeel balik perasaan masa aku kawen dulu..hehe. Sejak balik dari KL hari tu boleh dikatan tiap2 hari ada kenduri kawen. Dapur kat rumah pun tak berasap sebab makan kat kenduri kawen je. Tak sempat masak pun kat rumah..(tak sempat masak ke malas masak ni..hehe;p). Ramai juga saudara-mara dan kawan2ku yang mendirikan rumahtangga tahun ni. Sampai ada yang tak sempat aku nak pergi sebab banyak kenduri pada hari yang sama especially yang 6hb June. Selamat Pengantin Baru kepada semua saudara-mara dan kawan-kawan yang baru mendirikan rumahtangga. Semoga berbahagia selalu dan mendapat anak-anak yg soleh dan solehah. Erm,kepada kawan2 yang tak sempat aku hadiri majlis mereka,aku betul2 minta maaf dan jangan terasa hati ye. Bukan tak nak pergi kenduri korang tapi masa tak mengizinkan. Semoga kebahagiaan menjadi milik kita semua,insyaAllah. Selamat menempuh alam rumahtangga yang mencabar tapi penuh dengan kebahagiaan :) . Ikhlaskan hati dalam menjalankan tanggungjawab baru ini kerana Allah. Semoga dipermudahkan segala urusan olehNya,ameen.

huda and me

Ni gambar masa majlis kawen huda..my ex-classmate at SMKADG..huda ni antara pesaing aku dalam kelas untuk dapat markah tertinggi..hehe;)kini kami berdua dah jadi isteri orang dah. Sekejap je rasanya masa berlalu. Zaman persekolahan masih segar diingatan. Tahniah huda!

~Alhamdulillah…syukran ya Allah~

Syukur alhamdulillah,pada 29 Mei 2009 dengan rasmimya aku bergelar doktor perubatan setelah diumumkan lulus dalam professional exam oleh dekan Fakulti Perubatan UPM. Syukur ya Allah, perjuangan ku selama ini berakhir degan kemenangan dengan izinMu ya Allah. Setelah 5 tahun berada di bumi UPM, berkorban tenaga dan masa, akhirnya “MD“ menjadi milikku.. Walaupun aku demam masa exam baru ni, alhamdulillah, dengan izin Allah peperiksaan ku berjalan dengan baik. Lega rasanya bila dah habis exam ni… Kegembiraan yang aku rasakan sekarang tidak dapat diungkap dengan kata-kata.

Terima kasih yang tak terhingga buat insan tersayang dalam hidupku yang selama ini banyak berkorban dan sentiasa di sampingku. Buat ibu tersayang, terima kasih kerana sentiasa memberi kata2 semangat dan nasihat dalam meneruskan perjuangan ini. Terima kasih kerana sentiasa mendoakan kejayaanku siang dan malam. Sayang mak sgt2!;)…terima kasih juga kat adik aku yang comel tu..hehe…Ehem, buat abg tercinta, terima kasih kerana sudi mendengar rintihan dan luahan perasaanku sepanjang study week utk exam baru ni…kesian kat abg sbb tiap2 hari kene dengar sayang berleter..hehe..sorry la ye abg. Bukannya apa, professional exam ni la yg blh dikatan exam paling besar selama bergelar pelajar sebab kene lulus exam ni dulu baru boleh bergelar sebagai seorang doktor perubatan. Terima kasih juga kat abang sebab sanggup dengar sayang practice present case kat abg setiap hari walaupun abg sibuk kat moscow tu..hehe;p..sorry sangat2 sebab terpaksa kacau masa abg nak study..hehehe;p

Tiga hari sebelum amik exam clinical aku jatuh sakit, demam..huhu..betul2 rasa tak larat..takut jugak sebab exam clinical ni la yang penting.. sedih sangat masa tu sebab tak dapat study sgt..aku tengok nota pun rasa nak muntah.. makan pun tak de selera..nasib baik kawan2 yang tolong belikan makanan. (terima kasih kat kawan2 especially yati dengan fizah sebab belikan makanan utk aku..hehe) Masa tu aku memang tawakal kepada Allah..bukannya aku tak nak study sebelum exam tu tapi aku betul2 tak larat..tidur je atas katil tu..bangun bila nak makan dan solat je..apa yang boleh aku buat sambil baring kat atas katil tu adalah recall balik apa yang telah aku belajar selama 5 tahun ni…pastu bila abg call dari Moscow, cuba practice present case abg…itu je yg aku boleh buat..nak baca nota memang tak larat dah masa tu..rasa pening je..kepala pun tak larat dah nk baca buku. .malam sebelum exam tu aku tidur je,,tak boleh study..sampai pagi nak exam pun tak boleh tgk nota walaupun abg suruh cuba baca jgk sbb ni la last study utk exam selama 5 thn ni..tapi nak wat camne aku memang tak larat sangat2…Masa hari exam clinical tu lagi la, muntah2 pulak2..nak drive kereta pg HKL amik exam pun tak larat..nasib baik kawanku fizah tolong hantarkan(terima kasih ye fizah sbb tlg aku..hehe)..nasib baik aku tak collapse masa exam tu..badan punya la rasa panas sebab demam belum sembuh..sampai berpeluh2..bukan peluh takut nak exam tapi peluh demam..hehe;p…pastu masa clerk patientutk long case suara aku tak boleh nak kuar dah..cuak gak aku masa tu sebab camne aku nk present depan examiner nnt..nasib baik Doktor Nik datang bagi air kat aku minum..pastu baru la rasa lega skit.. masa tu aku cuma berdoa dan tawakal je kepada Allah. Untuk tenangkan hati aku, aku cuma pesan kat diriku yang aku mesti buat yang terbaik, jangan panic, aku mesti gunakan segala pengalaman yang aku ada selama 5 tahun bergelar medical student utk lulus exam ni..yang penting aku mesti yakin aku boleh lakukannya dan Allah tak akan biarkan aku keseorangan..

Bila tiba waktu nak exam tu nama aku dipanggil utk masuk ke ward 22..aku bermula dengan short case..ada 3 orang examiner, salah satunya external examiner dari UM..takut jugak aku sebab dia serius je..untuk first case aku dapat case medicine, examine the lower limb..diagnosis = poliomyelitis. Time examine patient tu aku tak tahu camne aku boleh angkat kaki patient tu pastu rasa ada kekuatan utk examine PNS sbb sebelum tu aku memang tak larat sbb demam.. Inilah kuasa Allah swt, syukran ya Allah kerana sentiasa bersama hambaMu ini.. Untuk 2nd case aku dapat paediatric- aortic stenosis(murmur radiate to carotid), 3rd case O&G- uterine fibroid. Pastu untuk long case aku dapat case surgery, rectosigmoid carcinoma..masa clerk patient ni cuak jugak aku sebab ada language barrier skit..patient tu Indian. Aku try cakap melayu dia tak berapa faham, cakap BI pun dia tak berapa faham jgk..penat aku cuba clarify history dengan dia.. masa tu rasa jugak nak tukar patient lain tapi bila fikir balik yang case lain belum tentu ok..so aku proceed je la..as long as aku dapat semua symptoms yang aku nak utk buat diagnosis and exclude other diagnosis cukup la.. pastu patient ni ada underlying psychiatric illness plak.. siap ada follow up lagi kat psy clinic..sekali lagi aku cuat sebab takut jugak yang aku dapat ni psychiatric case tapi aku clerk sebagai surgical case habisla klu camtu..nasib baik aku dah siap clerk utk surgical part dalm masa 30 min..so,dapat jugakla aku clerk pasal depression yang patient ni ada..alhamdulillah,cukup masa 1 jam yang diberi tu..lepas 1 jam aku dipanggil utk present case depan examiner. Bila masuk bilik examiner, ada 3 orang examiner, first yang betul2 kat depan aku ialah doctor salina(psychiatric specialist), 2nd external examiner from UIA, 3rd ialah my beloved lecturer prof meah from surgical department. Time ni sekali lagi aku cuak sbb aku tak tahu nak present surgical part ke psychiatric part sebagai chief complaint..sebab betul2 depan aku ialah dr salina..huhu..Masa tu aku tawakal kepada Allah, dan aku yakin yang aku mesti present surgical problem yang patient ni ada sebagai chief complaint sebab ni lagi penting daripsy illness(depression) yang patient tu ada.. aku cuma present psychiatric part sebagai psychological impact yang patient ni dapat as a result of surgical problem yang dia ada iaitu rectosigmoid carcinoma..alhamdulillah,dapat present dan jawab soalan yang examiner tanya degan baik.. majority soalan yang di tanya ialah management part dan semua soalan adalah based on apa yang di buat kat ward. Contohnya, how to prepare the patient for surgery, type of surgery(anterior resection), and neodjuvant therapy yg sesuai utk patient tu(chemotherapy – 5-flurouracil). Utk psy part plak Dr salina tak nak tya apa2 soalan utk aku..dia cuma senyum je lps aku presnt psy part yang patient tu ada..nasib baik dia tak tanya soalan pasal psy..aku ni tak berapa expert sgt klu bab psychiatric ni;p..Alhamdulillah, peperiksaan aku berjalan dengan baik dengan izin Allah.

Pada 29 mei 2009 keputusan di umumkan..hari ini adalah hari yang penuh dengan airmata bagi pelajar medic upm..penantian dan pengorbanan selama 5 tahun akan terjawab..ada yg menagis kegembiraan dan ada pula sebaliknya.. Kepada kawan2 yang telah berjaya, tahniah di ucapkan. Dan kepada kawan2 yang belum bernasib baik jangan bersedih kerana ini semua dugaan dariNya. Semuanya berlaku izin Allah..mungkin Allah mahu menguji keimanan kita kepadaNya..teruskan usaha kerana peluang masih ada..yang pasti kita semua akan menjadi seoarang doktor,insyaAllah. Semoga kita semua berjaya menjadi doktor muslim yamg cemrlang,ameen.

Kepada semua kawan2, halalkan semua makan minum selama 5 tahun kita bersama and thank u so much for being my friends!klu ada salah silap atau terlebih or terkurang ke selama 5 tahun ni maafkan la ye..love u all!;p

Good bye medical school!

~Welcome Year 2009,1430H~

Ehem,dah lama rasanya tak menulis kat blog ni…dah berhabuk dah blog ni ditinggalkan. Belum berkesempatan untuk mencoret sesuatu kat blog kesayanganku ni..hehe;p

Hari ni dah masuk tahun 2009 dah. Alhamdulillah, diri ini masih dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki oleh Allah. Syukur kehadrat Ilahi atas nikmat tak terhingga yang dikurniakan..alhamdulillah. Bila kenangkan balik tahun 2008 yang baru je berlalu, terlalu banyak rasanya anugerah yang Allah kurniakan kepada diri ini. Tahun 2008 banyak meniggalkan kenangan yang tak akan aku lupakan selama-lamanya. Pada tahun 2008 juga aku dianugerahkan harta yang paling berharga iaitu suami tercinta..alhamdulillah. Adakah tahun 2009 ini aku bakal dikurniakan insan baru dalam hidupku? Semoga dipermudahkan segala urusan olehNya. (Ya Allah, kurniakanlah dari kami zuriat yang soleh dan solehah,sebagai penyejuk mata penawar dihati, penguat cinta suci kami dan sebagai penyambung perjuangan dalam agamaMu).

Erm,bila dah masuk tahun baru ni juga bermakna umurku akan meningkat lagi setahun..rasa macam tak percaya je aku akan berumur 24 tahun pada tahun ni..rasa baru macam semalam je aku meningalkan alam persekolahanku di SMKADG..hehe;)..dah nak masuk 24 tahun dah bulan Julai ni..bila dah nak masuk umur 24 ni rasa macam tak nak mengaku je umur dah 24..rasa nak mengaku muda lagi je..malam tadi masa kat tasik titiwangsa pergi tengok bunga api tahun baru, ada sekumpulan adik2 darul quran tu tegur dan tanya umur aku berapa. Masa tu tak tahu nak jawab umur berapa..nak jawab 24 rasa macam dah tua la plak..walaupun dah masuk tahun 2009. so, aku bagitahu je la 23 lagi..hehe…lepas ni if orang tanya umurku mesti aku jawab 23 je, walaupun masa tu dah masuk 24…hehe. Nampaknya betul la kata orang selama ni umur perempuan tu akan stop bila dah masuk 20’an. So, kene la jaga penampilan agar sentiasa nampak macam umur early 20’s. Tak nak nampak tua;).

Sebenarnya apa yang paling penting apabila umur dah meningkat ni adalah kematangan fikiran kita. Bukannya sifat fizikal kita yang menjadi hal utama. Adakah kita betul2 matang dalam menangani setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita. Tepuk dada tanya hati. Semoga kita semakin bertambah matang dalam menentukan hala tuju perjuangan hidup kita. Selamat tahun baru dan salam maal hijrah buat semua sahabat yang dikasihi!:)

Di bawah ni ada artikel bertajuk ‘Tanda Anda Sudah Matang’. Artikel ni di post oleh seorang kawan kat buletin. Jom baca!….

- Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai

- Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa

- Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung

- Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka

- Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat

- Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain

- Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda

- Anda dapat menerima kritikan atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya

- Anda memandang jauh ke depan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

- Anda memberi persetujuan kepada pendapat-pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang

- Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati

- Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu

- Anda menghadapi orang-orang tua atau orang-orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif

- Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna

- Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya

- Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai

- Anda dapat menwujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka

- Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa mengambil apa-apa kesempatan ke atas mereka

- Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara baik, disenangi dan dihormati mereka.

Yoga Diharamkan

Yoga diharamkan

PUTRAJAYA 22 Nov. – Amalan senaman yoga secara sistematik iaitu membabitkan gerakan fizikal, bacaan mentera dan matlamat penyatuan diri dengan tuhan bertentangan dengan syariat Islam.

Oleh itu Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik itu kerana dibimbangi akan menghakis akidah umat Islam jika pengamalnya meneruskan amalan itu ke peringkat lebih tinggi.

Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga tanpa unsur-unsur mentera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan.

Namun, katanya, ia tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim memandangkan ia merupakan salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.

‘‘Setelah meneliti dan mengkaji hujah-hujah serta pandangan, senaman yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu sejak Sebelum Masihi itu yang menggabungkan amalan fizikal, unsur keagamaan, mentera dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya penyatuan diri dengan tuhan adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah.

‘‘Ahli muzakarah memutuskan apa juga jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang juga Setiausaha Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Keputusan mengenai fatwa yoga itu dilakukan pada muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-83 di Kota Bharu, Kelantan pada 22 hingga 24 Oktober lalu.

Sebelum ini, seorang pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.

Yoga amalan kesihatan yang diperkenalkan sekitar sejak 3,300 Sebelum Masihi dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.

Amalan senaman harian itu kebanyakannya mempunyai pergerakan berdasarkan unsur dalam agama Hindu, manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh dilakukan sambil membaca mentera.

Setakat ini, pengharaman senaman yoga telah dilaksanakan di Singapura dan Mesir.

Menurut Abdul Shukor, umat Islam dinasihatkan agar menjauhi amalan yoga meskipun sekadar mempraktikkan pelbagai variasi senaman fizikalnya kerana ia adalah sebahagian daripada keseluruhan sistem senaman tersebut.

‘‘Kalau setakat kita duduk macam yoga itu tidak ada masalah, lagi pun ia ada beratus jenis pergerakan, tetapi masalahnya amalan senaman itu adalah sebahagian daripada keseluruhan sistem yoga.

‘‘Amalan fizikal itu hanya peringkat pertama, kita minta umat Islam berhati-hati, takut mereka tidak tahu ilmu yoga itu ke mana matlamat akhirnya dan ini mungkin boleh jadi membawa kepada kesesatan,” tegasnya.

Beliau menjelaskan, ini kerana dalam Islam terdapat tiga elemen yang boleh menjejaskan akidah iaitu keyakinan hati, pengakuan dengan lidah dan perbuatan.

Katanya, memandangkan sekurang-kurangnya terdapat dua elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat Islam wajib memelihara akidah mereka daripada terhakis.

Bagaimanapun, beliau menyatakan, fatwa tersebut tidak bermaksud untuk menghalang orang bukan Islam mengamalkan yoga kerana hak kebebasan mengamalkan kepercayaan agama mereka adalah dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

‘‘Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan hanya menjaga kepentingan dan akidah umat Islam dan pada peringkat ini, kita menggunakan pendekatan menasihat dan memaklumkan kepada umat Islam tentang pandangan Islam terhadap yoga.

‘‘Soal sama ada pandangan muzakarah akan dijadikan fatwa yang diwartakan, itu terpulang kepada kerajaan-kerajaan negeri dan dari segi penguatkuasaan, itu bukan bidang kita,” katanya.

the real shin chan??

tentu ada antara kalian yang suka tengok shin chan kan?erm,tapi betul ke shin chan tu betul-betul ada atau cuma ilusi pelukis kartun sahaja..photo kat bawah ni ada iras shin chan..hehe..jom kita layan photo di bawah..zaaass!!

camne kawan-kawan?ada iras tak..hehe;)

Hebatnya Wanita

Assalamualaikum, sahabat-sahabat semua! Di sini saya nak berkongsi satu artikel yang dihantar oleh my hubby. sesuai untuk bacaan semua wanita..hehe;). Alhamdulillah, betapa beruntungnya kita jadi wanita.:) Jom layan artikel ni..zass.!!!

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan… jadi ‘kilang ‘ manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh… 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. . sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah.

Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak diaterima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga..

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggungditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan juga tidak derhaka kepada suaminya…

Wallahualam. . “

[sumber: http://www.tranungkite.net/]

~3 months old:)~

~191008,sunday,19syawal 1429H~

Alhamdulillah, hari ni genap 3 bulan aku bergelar Mrs Aizuddin..hehe;)syukur ke hadrat Illahi atas nikmat yg tak terhingga ini.

Perkahwinan di usia yang muda bukan penghalang untuk mengecapi kebahagiaan dan kejayaan. Yang penting adalah semangat untuk terus berusaha merealisasikan impian yang tersimpan dalam diri masing-masing.

Selepas husband balik Moscow lebih kurang dua bulan yang lepas, diri ini memang sgt depress..tak tahu nak buat ape mase tu..3 hari jugak tak jadi keje..termenung je..huhu:(..mase tu jgk persoalan kenapa aku pilih nak kawen awal sedangkan lps kawen kene duduk berjauhan dengan husband sbb masing2 masih belajar dan belajar di tempat yg berasingan?sebenarnya soalan ni telah banyak diajukan kepadaku sebelum aku kawen tapi mase tu aku tak terasa dan kisah sgt sbb blm kawen lagi mase tu dan belum rasa lagi pengalaman berjauhan dengan husband. Bila dah kawen dan merasa sendiri pengalaman ni barulah aku fikir balik soalan yang yang pernah orang tanya kat aku sebelum aku kawen ni. kenapa ye aku pilih nak kawen awal sedangkan kene berjauhan dgn husband after kawen?jauh pulak tu..sorang kat russia,sorang kat malaysia..terpisah antara benua pulak tu.nak jumpe bukanlah senang apabila rindu.huhu.

Apabila fikir balik niat aku kawen adalah kerana Allah,semangat aku kembali pulih. Semuanya aku lakukan keranaNya. Aku yakin Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya. Hanya kepadaNya aku meluahkan perasaan. Memang agar sukar duduk berjauhan dengan suami lebih-lebih lagi baru kawen. Rasa belum puas lagi menikamati alam berumahtangga dah kene duduk berjauhan. Ketika ini kata-kata semangat dan nasihat dari keluarga dan kawan-kawan banyak membantu. Thank you so much to my loving mum sbb sudi mendengar luahan hatiku dan memahami perasaan anakmu ini!Dikaulah permata hatiku selamanya:)..Terima kasih jgk untuk my sis yg nakal tu..hehe;p…Buat kawan2 semua thank you for your support!Buat sahabatku nawa yg ade kat perth tu thank you so much sbb sudi berkongsi pengalaman dan byk beri kata semangat dalam melalui detik2 mencabar ni..hehe;p..i gather my strength after reading ur emel…;)..buat kak lili,pengalaman kak lili banyak memberi inspirasi kepada diri ini.thank you so much for ur advice! Kak lili ni adalah one of my senior, sekarang ni dah jadi medical officer..hehe:)kagum tengok semangat kak lili berjauhan dgn husband walaupun tengah pregnant mase tu dan ade pre-eclampsia plak tu mase pregnant.husband kak lili tgh study gak kat oversea. kesian kak lili..tapi kini kak lili dah selamat melahirkan baby yang comel;)tahniah!

Alhamdulillah, selepas melihat ramai je orang lain yang mampu mengharungi segala cabaran walaupun berjauhan dgn suami, diriku kembali bersemangat untuk meneruskan perjuangan hidup ini. If the others can do it, why not me. I also can do it like them or more better! Sekarang aku dah pulih sepenuhnya. Dah tak de dah depression..hehe..i regain my strength already!Syukran ya Allah. Hanya kepadamu aku berserah.:)

Buat kawan-kawan yang mengalami pengalaman yang sama dgn diriku semoga kita semua tabah menghadapi segala cabaran. Bak kata nawa dalam emelnya ‘kita akan lebih appreciate ape yang pernah kita tak ade’ ..hehe;p.

Semoga kita semua sentiasa dalam lindunganNya. Sesungguhnya janji Allah itu pasti. Lakukan semuanya ikhlas kerana Allah. wallahu’alam.

really miss my hubby..:(

260808-day 39 of my life as a wife to my loving hubby…
hari ni aku bgn awal coz nak hantar hubby ke KLIA at around 650a.m. pagi ni adalah pagi yang sgt sedih buat aku…rasa hiba sangat2…flight abang ke moscow pada jam 1010 a.m..nasib baik sampai airport awal..sempat jgk temankan abg mkn mknn favourite abang iaitu KFC..nnt dah sampai kat moscow susah la abg nk mkn KFC sbb susah nk cari KFC yg halal kat sane…lps abang check in aku msh ade lbh kurang 40 minutes utk bersama abang…aku tak tahu macam mana nak describe perasaan aku mase tu..hanya Allah yang Maha Mengetahui…akhirnya tiba masa untuk abang masuk ke balai berlepas..rasa macam tak nak lepas je tangan abang..sedih sangat2 nak berpisah dengan abang…walaupun perpisahan ini adalah untuk sementara waktu tapi perasaan sedihku sukar untuk di hilangkan…ku cuba jua untuk tabahkan hatiku demi meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu.semoga abang selamat sampai di  moscow.insyaAllah.

~Ya Allah,tabahkanlah hatiku dalam mengharungi cabaran ini. Ya Allah, peliharakanlah ikatan pernikahan ku, Jadikanlah diriku dan suamiku doktor muslim yang cemerlang, berikanlah kami kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat.ameen.~

260808_0703_1

~18 hours before i become a wife;)

Lebih kurang 18 jam dari sekarang aku akan bergelar isteri kepada seorang suami. Hanya Allah yang mengetahui ape yang aku rasai sekarang. Sukar untuk ku ‘describe’ perasaan ini. perasaan yang belum pernah aku alami sebelum ni. Rasa takut sangat….aku sendiri pun tak tahu kenapa aku takut…sejak dua hari yang lepas aku ade insomnia…puas aku cube tidur tapi tak lena jugak..huhu..macam-macam datang kat brain aku ni. Aku rase semua symptoms of anxiety ade kat aku sekarang..huhu..palpitation, tachycardia, sweating..etc..huhu..loss of appetite pun ade tp mild je;)
tapi bile fikir kehidupan yang bakal aku lalui selepas jam 8.30 pagi esok, perasaan aku lain la pulak. rase gembira sangat2;)…tidak sabar rasanya nak menunaikan tanggungjawab aku terhadap insan yang bergelar suami, insan yang bakal aku panggil ‘ABANG’ mulai esok, Insan yang akan aku cintai keran Allah, Insan yang bakal memimpin diriku dan keluargaku kelak,  Insan yang dikurniakan oleh Allah kepadaku sebagai kunci untukku ke syurgaNya. Mampukah aku menunaikan tanggugjawabku ini?
Hanya kepadaMU Ya Allah aku memohon pertolongan.
Syukur alhamdulillah atas nikmat yang tak terhingga ini. Betapa besarnya nikmat yang dikurniakan Allah kepada ku,alhamdlulillah…
InsyaAllah, aku akan cuba sedaya upaya ku untuk membina mahligai yang sejati dan  sentiasa dalam redha Ilahi..hanya kepada Allah aku berserah…
Bantulah hambaMu ini Ya Allah.ameen.

~posting senior paediatric~

setelah sekian lame aku biarkan blog ini sepi tanpa kata…dgn izinNya dpt jgk aku luangkan masa untuk coretkan sedikit kata-kata kat blog ni:)

kalau nak kate aku busy takde la pulak busy sangat kebelakangan ni.cume byk kene travel kot sejak kebelakangan ni.ulang-alik dari serdang-KL @ KL-serdang..dah 5 minngu aku start final year..rase macam sekejap je mase berlalu. aku start dgn posting senior paediatric utk final year ni.mostly gune hospital serdang.ok jgkla posting kat sane walaupun majority of the cases are respiratory;-D. selama 4 weeks posting kat sane+1 week exam kat HKL. Alhamdulillah,paeditric exam ku berjalan dgn baik semalam dan hari selasa baru ni.lega rasenye lps exam. skg tgh tgu result.insyaAllah esok dapat tahu result. untuk exam paediatric ni aku dpt short case cerebral palsy(+FTT+developmental delay) and TB(patient tu takde BCG scar, ade reduced air entry kat mid and lower zone on righ side + dullness). examiner ialah Prof Amir,one of the kind and nice doctor. ms exam dgn prof amir takde la rs berdebar sgt cume utk long case dgn prof Bina aku rs ln mcm skit..risau sgt sbb blm pernah dpt exam dgn die, pastu prof bina style die ln skit compared to other lecturer. die ade style yg tersendiri. yg ptg kene ikut sequence and need to mention the important things je…utk long case prof bina kasi case respiratory…mule2 aku igtkan case acute exacerbation of bronchiol asthma sbb pt tu selalu je GP bg die syrup ventolin bile die demam, batuk, selsema…tp symptoms die tak typical sgt utk diagnose AEBA. pastu aku letakla provisional diagnosis bronchopneumonia based on history and physical findings…other differential include acute bronchiolitis and AEBA(patient ni mmg ade family history astma).pastu prof bina siap pesan lg kt aku klu jd GP jgn sewenang-wenang kasi syrup ventolin kat patient. klu takde indication jgn bg mcm patient ni.huhu…ms present case kat prof bina ok la plak rasenye prof bina ni. tak seperti yang aku fikirkan sebelum exam dengan die. tp style die mmg ln skit. aku blm hbs lg present history of presenting illness die terus tanye ape important symptoms kat patient ni.sebelum present tu byk jgkla history yg aku tulis kat atas kertas tu tp yg die tye dlm 70-80% je kot. pastu die start tanye investigation and manegement. antara soalan yg ditanya ialah manegenent of bronchopneumonia, the most common organism and antibiotic. pastu die tanye jgk pasal managemnent of asthma. e.g:klu patient tak respond to neb salbutamol nk wat camne etc…
Alhamdulillah, semuanya berjalan dgn baik.skg tgh tggu result…tak sabar nk tunggu hari esk.huhu;). i hope i will pass.ameen.hanya kepada Allah aku berserah:)