header image
 

1 Syawal diramal jatuh pada hari sabtu(13.10.2007)

~someone was sending this article to my emel…then, i copy it here to share with all my frend…selamat membaca and selamat hari raya utk semua:)

KAHERAH: Umat Islam di seluruh dunia akan meraikan Aidilfitri sama ada pada Jumaat, Sabtu atau Ahad. Di Mesir, Institut Penyelidikan Astronomi Kebangsaan berkata, pengiraan astronomi menunjukkan 1 Syawal jatuh pada Sabtu bersamaan 13 Oktober. Projek Pemantauan Anak Bulan Abu Dhabi turut mengumumkan 12 Oktober hari terakhir Ramadan. Aidilfitri juga akan bermula Sabtu di Bahrain, Sudan dan Emiriah Arab Bersatu, menurut pengiraan astronomi yang diumumkan oleh pakar kaji cuaca dan profesor astronomi universiti berpengaruh di negara terbabit. Umat Islam di Eropah juga meraikan Aidilfitri pada hari Sabtu. "Menurut pengiraan astronomi, Jumaat bersamaan 12 Oktober adalah hari terakhir Ramadan dan Aidilfitri disambut keesokannya, Sabtu, 13 Oktober," kata Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (ECFR). Sementara Persatuan Islam Amerika Utara mengumumkan: "Umat Islam di Amerika Utara akan menyambut Aidilfitri pada 13 Oktober. Ramadan tahun ini cuma 29 hari. Oleh itu, hari raya pertama jatuh pada 13 Oktober." Pengiraan, bagaimanapun berbeza di beberapa negara. "Berdasarkan pengiraan astronomi, 1 Syawal jatuh pada hari Jumaat, 12 Oktober," menurut Pusat Sains Angkasa Lepas Libya. Pakar kaji cuaca di Arab Saudi dan Algeria turut menjangkakan Aidilfitri disambut pada hari Jumaat, menurut pengiraan astronomi. Sementara Pihak Berkuasa Hal Ehwal Agama Turki mengumumkan 1 Syawal jatuh pada hari Jumaat manakala di Pakistan, Aidilfitri jatuh pada hari Ahad, 14 Oktober. "Pengiraan astronomi menunjukkan sukar melihat anak bulan Syawal pada petang 12 Oktober 2007 di seluruh negara. Oleh itu, 1 Syawal diraikan pada hari Ahad di Pakistan," kata Jabatan Kaji Cuaca Pakistan. Bagaimanapun, kebanyakan negara akan melihat anak bulan Syawal pada malam Khamis bersamaan 11 Oktober 2007. Proses melihat anak bulan selalu mencetuskan kontroversi di kalangan negara Islam malah ulama sendiri sering berselisih pendapat mengenai isu itu.

Sumber : Berita Harian

Ulasan:

Hampir saban tahun kita akan mendapati umat Islam tidak bersatu di dalam menyambut Aidilfitri. Perbezaan jarak tidak boleh dijadikan alasan pada era kemajuan teknologi komunikasi maklumat dan pengangkutan masakini. Yang pastinya,perbedaan ini wujud kerana fahaman kufur ashobiyyah. Ini adalah kerana, yang menghalang sesebuah negara umat Islam untuk bersatu samada di dalam penentuan bermulanya Ramadhan ataupun menyambut Aidilfitri adalah sempadan yang memisahkan antara mereka. Siapakah yang menciptakan sempadan-sempadan ini? Kajilah sejarah dan kita akan mendapati bahawa sempadan-sempadan ini merupakan rekaan penjajah.

Sebelum umat Islam di Asia Tenggara mengambil keputusan untuk menyambut Aidilfitri secara serentak, pernah timbul kekecohan suatu masa dahulu di sempadan Malaysia-Selatan Thailand yang mana umat Islam di Selatan Thailand telah mula menyambut Aidilfitri tetapi umat Islam di sebelah Malaysia belum menyambutnya walhal mereka hanya dipisahkan oleh Sungai Golok. Ini menunjukkan bahawa masing-masing berhari raya berdasar sempadan ashobiyyah yang dicipta oleh Barat. Perlu disedari bahawa Ramadhan dan Syawal adalah lambang kesatuan umat Islam di dalam tuntutan melaksanakan ibadah berpuasa mahupun menyambut Aidilfitri. Inilah kesannya apabila negeri-negeri umat Islam berdiri di atas dasar ashobiyyah…..apakah ini akan berlaku sekiranya negeri kaum muslimin bersatu di bawah satu kesatuan negara iaitulah Daulah Khilafah? Sudah pasti ianya tidak akan berlaku. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Berpuasalah kamu jika melihat hilal (anak bulan) dan berbukalah (beraidilfitri lah) kamu jika melihat hilal. Dan jika hilal itu tertutup debu dari (penglihatan) kamu, maka sempurnakanlah (genapkanlah) bilangan bulan Sya’ban itu tiga puluh hari." (HR.Bukhari dari Abu Hurairah).

"Sesungguhnya satu bulan itu ada 29 hari, maka janganlah kamu berpuasa hingga kalian melihatnya (hilal). Dan jika hilal itu tertutup awan/mendung dari (penglihatan) kalian, maka perkirakanlah ia." (HR.Bukhari)

Hadis-hadis Rasulullah SAW ini mengandungi pengertian (dalalah) yang jelas (sharih), bahawa sebab syar’ie untuk mula berpuasa di Ramadhan adalah dengan melihat anak bulan (ru`yatul hilal) bagi bulan Ramadhan. Demikian pula sebab syar’ie untuk Aidil Fitri adalah dengan melihat anak bulan (ru`yatul hilal) bagi bulan Syawal. Rasulullah SAW bersabda juga di dalam hadis yang lain yang bermaksud:

"Jika kalian telah melihat hilal, maka berpuasalah kalian. Dan jika kalian telah melihat hilal, maka berbukalah (Aidilfitri) kalian. Jika hilal tertutup awan/mendung atas (penglihatan) kalian, maka perkirakanlah ia."

Kemelut yang berpanjangan ini hanya dapat diselesaikan apabila umat Islam kembali bersatu di bawah satu kepimpinan, sempadan dan panji kebesaran. Hal itulah yang paling ditakuti oleh pihak kuffar ketika ini. Mereka (kuffar) sememangnya mahukan umat Islam berada di dalam keadaan terpecah-pecah sambil diracuni dengan fahaman ashobiyyah agar umat Islam dapat dikuasai dan dimanipulasi. Dasar ‘divide and conquer’ merupakan senjata yang masih berkesan ke atas umat Islam yang masih lena dan tidak sedar akan dirinya yang sedang dipermainkan, dimanipulasi, ditipu, ditekan kehidupannya dan ‘digula-gulakan’. Justeru, hal yang paling ‘urgent’ pada ketika ini adalah usaha untuk membangkitkan umat Islam dari lena yang panjang untuk mendirikan Daulah Khilafah dan bersatu di bawah naungannya.

wallahu alam

~ by pinkycat on October 11, 2007.

Leave a Reply