~selamat menyambut tahun baru 1429 hijah~
assalamualaikum…
selamat menyambut tahun baru buat semua sahabat2ku!semoga tahun ini akan memberi sinar baru dlm hidup kita semua dan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.
teruskan perjuangan kita demi agama tercinta.mudah-mudahan kejayaan akan menjadi milik kita semua.insyaAllah.
~Hidup Ini Indah Jika Semuanya Dilakukan Kerana Allah~
========================================================================
Peristiwa-peristiwa penting di bulan Muharam:
1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab
mula membuat penetapan kiraan bulan
dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga
hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak
terjadi peristiwa penting yang
mencerminkan kegemilangan bagi
perjuangan yang gigih dan tabah bagi
menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke
langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar
dari perahunya sesudah bumi
ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari
pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada
Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur
dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari
penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut
ikan paus setelah berada di dalamnya
selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk
menyelamatkan Nabi Musa dan
pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah
kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan ‘Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.


Leave a Reply