header image
 

~3 months old:)~

~191008,sunday,19syawal 1429H~

Alhamdulillah, hari ni genap 3 bulan aku bergelar Mrs Aizuddin..hehe;)syukur ke hadrat Illahi atas nikmat yg tak terhingga ini.

Perkahwinan di usia yang muda bukan penghalang untuk mengecapi kebahagiaan dan kejayaan. Yang penting adalah semangat untuk terus berusaha merealisasikan impian yang tersimpan dalam diri masing-masing.

Selepas husband balik Moscow lebih kurang dua bulan yang lepas, diri ini memang sgt depress..tak tahu nak buat ape mase tu..3 hari jugak tak jadi keje..termenung je..huhu:(..mase tu jgk persoalan kenapa aku pilih nak kawen awal sedangkan lps kawen kene duduk berjauhan dengan husband sbb masing2 masih belajar dan belajar di tempat yg berasingan?sebenarnya soalan ni telah banyak diajukan kepadaku sebelum aku kawen tapi mase tu aku tak terasa dan kisah sgt sbb blm kawen lagi mase tu dan belum rasa lagi pengalaman berjauhan dengan husband. Bila dah kawen dan merasa sendiri pengalaman ni barulah aku fikir balik soalan yang yang pernah orang tanya kat aku sebelum aku kawen ni. kenapa ye aku pilih nak kawen awal sedangkan kene berjauhan dgn husband after kawen?jauh pulak tu..sorang kat russia,sorang kat malaysia..terpisah antara benua pulak tu.nak jumpe bukanlah senang apabila rindu.huhu.

Apabila fikir balik niat aku kawen adalah kerana Allah,semangat aku kembali pulih. Semuanya aku lakukan keranaNya. Aku yakin Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya. Hanya kepadaNya aku meluahkan perasaan. Memang agar sukar duduk berjauhan dengan suami lebih-lebih lagi baru kawen. Rasa belum puas lagi menikamati alam berumahtangga dah kene duduk berjauhan. Ketika ini kata-kata semangat dan nasihat dari keluarga dan kawan-kawan banyak membantu. Thank you so much to my loving mum sbb sudi mendengar luahan hatiku dan memahami perasaan anakmu ini!Dikaulah permata hatiku selamanya:)..Terima kasih jgk untuk my sis yg nakal tu..hehe;p…Buat kawan2 semua thank you for your support!Buat sahabatku nawa yg ade kat perth tu thank you so much sbb sudi berkongsi pengalaman dan byk beri kata semangat dalam melalui detik2 mencabar ni..hehe;p..i gather my strength after reading ur emel…;)..buat kak lili,pengalaman kak lili banyak memberi inspirasi kepada diri ini.thank you so much for ur advice! Kak lili ni adalah one of my senior, sekarang ni dah jadi medical officer..hehe:)kagum tengok semangat kak lili berjauhan dgn husband walaupun tengah pregnant mase tu dan ade pre-eclampsia plak tu mase pregnant.husband kak lili tgh study gak kat oversea. kesian kak lili..tapi kini kak lili dah selamat melahirkan baby yang comel;)tahniah!

Alhamdulillah, selepas melihat ramai je orang lain yang mampu mengharungi segala cabaran walaupun berjauhan dgn suami, diriku kembali bersemangat untuk meneruskan perjuangan hidup ini. If the others can do it, why not me. I also can do it like them or more better! Sekarang aku dah pulih sepenuhnya. Dah tak de dah depression..hehe..i regain my strength already!Syukran ya Allah. Hanya kepadamu aku berserah.:)

Buat kawan-kawan yang mengalami pengalaman yang sama dgn diriku semoga kita semua tabah menghadapi segala cabaran. Bak kata nawa dalam emelnya ‘kita akan lebih appreciate ape yang pernah kita tak ade’ ..hehe;p.

Semoga kita semua sentiasa dalam lindunganNya. Sesungguhnya janji Allah itu pasti. Lakukan semuanya ikhlas kerana Allah. wallahu’alam.

~ by pinkycat on October 19, 2008.

Leave a Reply