header image
 

~Welcome Year 2009,1430H~

Ehem,dah lama rasanya tak menulis kat blog ni…dah berhabuk dah blog ni ditinggalkan. Belum berkesempatan untuk mencoret sesuatu kat blog kesayanganku ni..hehe;p

Hari ni dah masuk tahun 2009 dah. Alhamdulillah, diri ini masih dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki oleh Allah. Syukur kehadrat Ilahi atas nikmat tak terhingga yang dikurniakan..alhamdulillah. Bila kenangkan balik tahun 2008 yang baru je berlalu, terlalu banyak rasanya anugerah yang Allah kurniakan kepada diri ini. Tahun 2008 banyak meniggalkan kenangan yang tak akan aku lupakan selama-lamanya. Pada tahun 2008 juga aku dianugerahkan harta yang paling berharga iaitu suami tercinta..alhamdulillah. Adakah tahun 2009 ini aku bakal dikurniakan insan baru dalam hidupku? Semoga dipermudahkan segala urusan olehNya. (Ya Allah, kurniakanlah dari kami zuriat yang soleh dan solehah,sebagai penyejuk mata penawar dihati, penguat cinta suci kami dan sebagai penyambung perjuangan dalam agamaMu).

Erm,bila dah masuk tahun baru ni juga bermakna umurku akan meningkat lagi setahun..rasa macam tak percaya je aku akan berumur 24 tahun pada tahun ni..rasa baru macam semalam je aku meningalkan alam persekolahanku di SMKADG..hehe;)..dah nak masuk 24 tahun dah bulan Julai ni..bila dah nak masuk umur 24 ni rasa macam tak nak mengaku je umur dah 24..rasa nak mengaku muda lagi je..malam tadi masa kat tasik titiwangsa pergi tengok bunga api tahun baru, ada sekumpulan adik2 darul quran tu tegur dan tanya umur aku berapa. Masa tu tak tahu nak jawab umur berapa..nak jawab 24 rasa macam dah tua la plak..walaupun dah masuk tahun 2009. so, aku bagitahu je la 23 lagi..hehe…lepas ni if orang tanya umurku mesti aku jawab 23 je, walaupun masa tu dah masuk 24…hehe. Nampaknya betul la kata orang selama ni umur perempuan tu akan stop bila dah masuk 20’an. So, kene la jaga penampilan agar sentiasa nampak macam umur early 20’s. Tak nak nampak tua;).

Sebenarnya apa yang paling penting apabila umur dah meningkat ni adalah kematangan fikiran kita. Bukannya sifat fizikal kita yang menjadi hal utama. Adakah kita betul2 matang dalam menangani setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita. Tepuk dada tanya hati. Semoga kita semakin bertambah matang dalam menentukan hala tuju perjuangan hidup kita. Selamat tahun baru dan salam maal hijrah buat semua sahabat yang dikasihi!:)

Di bawah ni ada artikel bertajuk ‘Tanda Anda Sudah Matang’. Artikel ni di post oleh seorang kawan kat buletin. Jom baca!….

- Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai

- Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa

- Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung

- Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka

- Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat

- Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain

- Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda

- Anda dapat menerima kritikan atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya

- Anda memandang jauh ke depan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

- Anda memberi persetujuan kepada pendapat-pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang

- Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati

- Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu

- Anda menghadapi orang-orang tua atau orang-orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif

- Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna

- Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya

- Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai

- Anda dapat menwujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka

- Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa mengambil apa-apa kesempatan ke atas mereka

- Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara baik, disenangi dan dihormati mereka.

~ by pinkycat on January 1, 2009.

Leave a Reply