header image
 

~Alhamdulillah…syukran ya Allah~

Syukur alhamdulillah,pada 29 Mei 2009 dengan rasmimya aku bergelar doktor perubatan setelah diumumkan lulus dalam professional exam oleh dekan Fakulti Perubatan UPM. Syukur ya Allah, perjuangan ku selama ini berakhir degan kemenangan dengan izinMu ya Allah. Setelah 5 tahun berada di bumi UPM, berkorban tenaga dan masa, akhirnya “MD“ menjadi milikku.. Walaupun aku demam masa exam baru ni, alhamdulillah, dengan izin Allah peperiksaan ku berjalan dengan baik. Lega rasanya bila dah habis exam ni… Kegembiraan yang aku rasakan sekarang tidak dapat diungkap dengan kata-kata.

Terima kasih yang tak terhingga buat insan tersayang dalam hidupku yang selama ini banyak berkorban dan sentiasa di sampingku. Buat ibu tersayang, terima kasih kerana sentiasa memberi kata2 semangat dan nasihat dalam meneruskan perjuangan ini. Terima kasih kerana sentiasa mendoakan kejayaanku siang dan malam. Sayang mak sgt2!;)…terima kasih juga kat adik aku yang comel tu..hehe…Ehem, buat abg tercinta, terima kasih kerana sudi mendengar rintihan dan luahan perasaanku sepanjang study week utk exam baru ni…kesian kat abg sbb tiap2 hari kene dengar sayang berleter..hehe..sorry la ye abg. Bukannya apa, professional exam ni la yg blh dikatan exam paling besar selama bergelar pelajar sebab kene lulus exam ni dulu baru boleh bergelar sebagai seorang doktor perubatan. Terima kasih juga kat abang sebab sanggup dengar sayang practice present case kat abg setiap hari walaupun abg sibuk kat moscow tu..hehe;p..sorry sangat2 sebab terpaksa kacau masa abg nak study..hehehe;p

Tiga hari sebelum amik exam clinical aku jatuh sakit, demam..huhu..betul2 rasa tak larat..takut jugak sebab exam clinical ni la yang penting.. sedih sangat masa tu sebab tak dapat study sgt..aku tengok nota pun rasa nak muntah.. makan pun tak de selera..nasib baik kawan2 yang tolong belikan makanan. (terima kasih kat kawan2 especially yati dengan fizah sebab belikan makanan utk aku..hehe) Masa tu aku memang tawakal kepada Allah..bukannya aku tak nak study sebelum exam tu tapi aku betul2 tak larat..tidur je atas katil tu..bangun bila nak makan dan solat je..apa yang boleh aku buat sambil baring kat atas katil tu adalah recall balik apa yang telah aku belajar selama 5 tahun ni…pastu bila abg call dari Moscow, cuba practice present case abg…itu je yg aku boleh buat..nak baca nota memang tak larat dah masa tu..rasa pening je..kepala pun tak larat dah nk baca buku. .malam sebelum exam tu aku tidur je,,tak boleh study..sampai pagi nak exam pun tak boleh tgk nota walaupun abg suruh cuba baca jgk sbb ni la last study utk exam selama 5 thn ni..tapi nak wat camne aku memang tak larat sangat2…Masa hari exam clinical tu lagi la, muntah2 pulak2..nak drive kereta pg HKL amik exam pun tak larat..nasib baik kawanku fizah tolong hantarkan(terima kasih ye fizah sbb tlg aku..hehe)..nasib baik aku tak collapse masa exam tu..badan punya la rasa panas sebab demam belum sembuh..sampai berpeluh2..bukan peluh takut nak exam tapi peluh demam..hehe;p…pastu masa clerk patientutk long case suara aku tak boleh nak kuar dah..cuak gak aku masa tu sebab camne aku nk present depan examiner nnt..nasib baik Doktor Nik datang bagi air kat aku minum..pastu baru la rasa lega skit.. masa tu aku cuma berdoa dan tawakal je kepada Allah. Untuk tenangkan hati aku, aku cuma pesan kat diriku yang aku mesti buat yang terbaik, jangan panic, aku mesti gunakan segala pengalaman yang aku ada selama 5 tahun bergelar medical student utk lulus exam ni..yang penting aku mesti yakin aku boleh lakukannya dan Allah tak akan biarkan aku keseorangan..

Bila tiba waktu nak exam tu nama aku dipanggil utk masuk ke ward 22..aku bermula dengan short case..ada 3 orang examiner, salah satunya external examiner dari UM..takut jugak aku sebab dia serius je..untuk first case aku dapat case medicine, examine the lower limb..diagnosis = poliomyelitis. Time examine patient tu aku tak tahu camne aku boleh angkat kaki patient tu pastu rasa ada kekuatan utk examine PNS sbb sebelum tu aku memang tak larat sbb demam.. Inilah kuasa Allah swt, syukran ya Allah kerana sentiasa bersama hambaMu ini.. Untuk 2nd case aku dapat paediatric- aortic stenosis(murmur radiate to carotid), 3rd case O&G- uterine fibroid. Pastu untuk long case aku dapat case surgery, rectosigmoid carcinoma..masa clerk patient ni cuak jugak aku sebab ada language barrier skit..patient tu Indian. Aku try cakap melayu dia tak berapa faham, cakap BI pun dia tak berapa faham jgk..penat aku cuba clarify history dengan dia.. masa tu rasa jugak nak tukar patient lain tapi bila fikir balik yang case lain belum tentu ok..so aku proceed je la..as long as aku dapat semua symptoms yang aku nak utk buat diagnosis and exclude other diagnosis cukup la.. pastu patient ni ada underlying psychiatric illness plak.. siap ada follow up lagi kat psy clinic..sekali lagi aku cuat sebab takut jugak yang aku dapat ni psychiatric case tapi aku clerk sebagai surgical case habisla klu camtu..nasib baik aku dah siap clerk utk surgical part dalm masa 30 min..so,dapat jugakla aku clerk pasal depression yang patient ni ada..alhamdulillah,cukup masa 1 jam yang diberi tu..lepas 1 jam aku dipanggil utk present case depan examiner. Bila masuk bilik examiner, ada 3 orang examiner, first yang betul2 kat depan aku ialah doctor salina(psychiatric specialist), 2nd external examiner from UIA, 3rd ialah my beloved lecturer prof meah from surgical department. Time ni sekali lagi aku cuak sbb aku tak tahu nak present surgical part ke psychiatric part sebagai chief complaint..sebab betul2 depan aku ialah dr salina..huhu..Masa tu aku tawakal kepada Allah, dan aku yakin yang aku mesti present surgical problem yang patient ni ada sebagai chief complaint sebab ni lagi penting daripsy illness(depression) yang patient tu ada.. aku cuma present psychiatric part sebagai psychological impact yang patient ni dapat as a result of surgical problem yang dia ada iaitu rectosigmoid carcinoma..alhamdulillah,dapat present dan jawab soalan yang examiner tanya degan baik.. majority soalan yang di tanya ialah management part dan semua soalan adalah based on apa yang di buat kat ward. Contohnya, how to prepare the patient for surgery, type of surgery(anterior resection), and neodjuvant therapy yg sesuai utk patient tu(chemotherapy – 5-flurouracil). Utk psy part plak Dr salina tak nak tya apa2 soalan utk aku..dia cuma senyum je lps aku presnt psy part yang patient tu ada..nasib baik dia tak tanya soalan pasal psy..aku ni tak berapa expert sgt klu bab psychiatric ni;p..Alhamdulillah, peperiksaan aku berjalan dengan baik dengan izin Allah.

Pada 29 mei 2009 keputusan di umumkan..hari ini adalah hari yang penuh dengan airmata bagi pelajar medic upm..penantian dan pengorbanan selama 5 tahun akan terjawab..ada yg menagis kegembiraan dan ada pula sebaliknya.. Kepada kawan2 yang telah berjaya, tahniah di ucapkan. Dan kepada kawan2 yang belum bernasib baik jangan bersedih kerana ini semua dugaan dariNya. Semuanya berlaku izin Allah..mungkin Allah mahu menguji keimanan kita kepadaNya..teruskan usaha kerana peluang masih ada..yang pasti kita semua akan menjadi seoarang doktor,insyaAllah. Semoga kita semua berjaya menjadi doktor muslim yamg cemrlang,ameen.

Kepada semua kawan2, halalkan semua makan minum selama 5 tahun kita bersama and thank u so much for being my friends!klu ada salah silap atau terlebih or terkurang ke selama 5 tahun ni maafkan la ye..love u all!;p

Good bye medical school!

~ by pinkycat on June 1, 2009.

One Response to “~Alhamdulillah…syukran ya Allah~”

  1. TAHNIAH MY FREN

Leave a Reply