~musim kenduri kawen~
Sempena musim cuti sekolah baru ni banyak betul kenduri kawen sampai 2-3kenduri dalam satu hari. Hari yang paling banyak ialah 6hb June. Mungkin sebab ramai yang cuti pada hari tersebut sempena hari Keputeraan yang di Pertuan Agung. Lagipun tarikh 060609 itu pun cantik jugak..hehe. Aku pun tidak ketinggalan untuk menghadiri undangan majlis perkahwinan ni. Bukannya apa, rasa seronok pulak attend kenduri kawen ni sebab dapatfeel balik perasaan masa aku kawen dulu..hehe. Sejak balik dari KL hari tu boleh dikatan tiap2 hari ada kenduri kawen. Dapur kat rumah pun tak berasap sebab makan kat kenduri kawen je. Tak sempat masak pun kat rumah..(tak sempat masak ke malas masak ni..hehe;p). Ramai juga saudara-mara dan kawan2ku yang mendirikan rumahtangga tahun ni. Sampai ada yang tak sempat aku nak pergi sebab banyak kenduri pada hari yang sama especially yang 6hb June. Selamat Pengantin Baru kepada semua saudara-mara dan kawan-kawan yang baru mendirikan rumahtangga. Semoga berbahagia selalu dan mendapat anak-anak yg soleh dan solehah. Erm,kepada kawan2 yang tak sempat aku hadiri majlis mereka,aku betul2 minta maaf dan jangan terasa hati ye. Bukan tak nak pergi kenduri korang tapi masa tak mengizinkan. Semoga kebahagiaan menjadi milik kita semua,insyaAllah. Selamat menempuh alam rumahtangga yang mencabar tapi penuh dengan kebahagiaan
. Ikhlaskan hati dalam menjalankan tanggungjawab baru ini kerana Allah. Semoga dipermudahkan segala urusan olehNya,ameen.


Leave a Reply